PENGENALAN
Shah Bernas Sdn Bhd ( 382050-T ) merupakan syarikat milik bumiputra sepenuhnya yang telah didaftarkan pada 01 April 1996. Bermula daripada itu, syarikat ini telah giat beroperasi bagi mencapai matlamat penubuhan.
Shah Bernas Sdn Bhd merupakn sebuah syarikat yang berwawasan tinggi untuk bergerak maju kehadapan disamping memberikan saingan kepada syarikat-syarikat lain yang telah lama bertapak di dalam bidang sektor pembinaan ini.
Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK ) – Kelas F, Kementerian Kewangan (MOF) dan juga dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) .
Seiring dengan perkembangan semasa, syarikat Shah Bernas Sdn Bhd telah mengatur beberapa langkah bagi memastikan perlaksanaan setiap tugas berjalan dengan lancar dan diantara langkah-langkah tersebut adalah :-
-
Menyusun kerja secara sistematik dan teratur sepanjang masa meliputi kerja-kerja pengurusan ataupun kerja-kerja teknikal.
-
Sentiasa mengemaskini struktur organisasi pengurusan dan operasi teknikal agar mantap dan professional.
-
Menghantar pekerja untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang tugas supaya dapat meningkatkan mutu kerja agar dapat menjadi seorang pekerja yang berkaliber untuk syarikat.
4. Menambah peralatan syarikat dari semasa ke semasa mengikut keperluan kerja untuk memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti serta berproduktiviti tinggi.
5. Berpegang teguh dan amanah, berdisiplin, jujur, bertanggungjawab serta saling mempercayai antara pihak syarikat dengan pelanggan.
6. Sentiasa meningkatkan budaya kerja yang sihat dan interaksi yang baik serta professional antara majikan dan pekerja serta syarikat dengan pelanggan.
Syarikat Shah Bernas Sdn Bhd juga mempunyai motto yang menjadikan syarikat ini sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik iaitu ketrampilan dan kualiti kerja berasaskan pengurusan yang dikendalikan secara sistematik, professional, cekap dan teratur.
Dengan segala faktor dan kekuatan di atas, Shah Bernas Sdn Bhd sentiasa bersedia untuk membantu pelanggannya bagi mencapai mutu kerja yang terbaik dan sempurna serta disiapkan sebelum jadual yang ditetapkan. Kami percaya, syarikat kami mempunyai segala kualiti dan kelayakan untuk bersama-sama anda dalam menjayakan setiap projek yang akan diamanahkan.
